Inap desa jadi ‘port’ PATI elak dicekup

TAKTIK sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar etnik Rohingya menjadikan sebuah inap desa di Jalan Padang Nyu, Arau sebagai lokasi persembunyian bagi mengelak dikesan pihak berkuasa terbongkar selepas diserbu polis, awal pagi tadi.

Dalam serbuan Op Pintas Pemerdagangan Manusia bermula jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi itu, polis menahan 13 PATI termasuk wanita dan kanak-kanak selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah bersama pasukan bertugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau membabitkan tiga pegawai dan 21 anggota.

“Hasil serbuan, pihak polis menahan seramai 28 etnik Rohingya terdiri daripada 10 lelaki dan 10 wanita dewasa berusia antara 19 hingga 44 tahun serta lapan kanak-kanak berusia setahun hingga 16 tahun.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati 15 daripada mereka memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan individu terbabit dibebaskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, baki 13 individu lagi terdiri daripada seorang lelaki, tujuh wanita, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan ditahan bagi membantu siasatan.

Ahmad Mohsin berkata, siasatan awal mendapati kesemua PATI terbabit dipercayai memasuki negara ini sejak satu hingga dua tahun lalu melalui laluan tidak sah.

“Mereka dipercayai menaiki bot dari Myanmar sebelum berlabuh di perairan Thailand dan berjalan kaki menyusup masuk ke sempadan Malaysia dengan bantuan etnik Rohingya lain yang tidak dikenali.

“Kesemua mereka juga didapati tidak mempunyai destinasi tertentu, sebaliknya hanya mencari tempat perlindungan dan bersembunyi daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, kesemua 13 PATI terbabit dibawa ke IPD Arau dan direman selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img