Kes gadis ditikam 61 kali: Reman dua suspek disambung 7 hari lagi

TEMPOH reman dua suspek lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan kejam seorang penuntut kolej wanita dengan 61 kesan tikaman di Ketereh, Kota Bharu, disambung tujuh hari lagi bermula hari ini.

Perintah sambung reman terhadap kedua-dua suspek berusia 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari selepas ditahan sejurus kejadian sebelum tempoh reman tamat hari ini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, mayat seorang penuntut kolej wanita berusia 19 tahun ditemukan di Kampung Padang Simah, Ketereh dengan 61 kesan tikaman di seluruh badan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat sebelum ini dilaporkan berkata, mangsa ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun identitinya berjaya dikenal pasti menerusi semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Siasatan awal polis percaya mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

Susulan kes itu, polis turut menahan empat individu termasuk dua warga emas yang juga ibu bapa kepada salah seorang suspek bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, kedua-dua warga emas terbabit dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin selepas siasatan lanjut dijalankan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img