Warga emas tersilap tekan pedal minyak, kereta Volkswagen rempuh kedai

SEORANG lelaki warga emas dipercayai tersilap menekan pedal minyak sebelum kereta dipandunya merempuh sebuah premis perniagaan di Kampung Darat, Beseri, Padang Besar, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, kereta jenis Volkswagen Polo dipandu lelaki tempatan berusia 69 tahun terbabit turut melanggar sebuah Perodua Kancil sebelum meluru masuk ke bahagian hadapan premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pemandu cuba membuat pusingan U.

“Pemandu dipercayai hilang kawalan ketika cuba membuat pusingan U sebelum tersilap menekan pedal minyak menyebabkan kenderaan terbabit melanggar sebuah Perodua Kancil dan seterusnya merempuh bahagian hadapan premis perniagaan itu.

“Akibat kejadian itu, premis perniagaan terbabit mengalami kerosakan struktur di bahagian hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kedua-dua kenderaan turut rosak dengan Volkswagen Polo remuk di bahagian hadapan manakala Perodua Kancil mengalami kerosakan di bahagian belakang.

Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img