MENTERI Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, mengetuai delegasi kementerian itu melakukan dalam lawatan kerja ke Taiko Palm-Oleo (TPOZ) di Zhangjiagang, China.
TPOZ adalah sebuah fasiliti milik subsidiari Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), yang kini berdiri teguh sebagai antara pemain utama industri oleokimia di pasaran China.
Dalam kenyataan melalui Facebook kementerian itu memaklumkan, lawatan berkenaan memberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana syarikat itu berjaya membina operasi hiliran yang besar di luar negara serta membuktikan kemampuan Malaysia dalam menghasilkan produk berasaskan sawit yang memenuhi standard antarabangsa.
‘’Melalui tinjauan ini, kementerian dapat menilai potensi inovasi yang lebih luas dalam sektor pembuatan produk bernilai tinggi seperti penjagaan diri dan farmaseutikal bagi memperkukuh kerjasama strategik dengan China.
‘’Kejayaan operasi syarikat Malaysia di China ini menjadi platform terbaik untuk terus mempromosikan kualiti serta kelestarian minyak sawit negara menerusi pengiktirafan pensijilan MSPO di peringkat dunia,’’ kata kenyataan berkenaan.


