Ibu rayu Nurin pulang, enam hari hilang dipercayai merajuk

SEORANG remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan hilang sejak enam hari lalu selepas kali terakhir dilihat berada di Blok 4, Projek Perumahan Penjawat Awam (PPAM) Larai, Presint 16, di Putrajaya.

Nurin Nadhirah Barman, 13, pelajar Tingkatan Satu itu dilaporkan hilang sejak jam 9 malam, 9 Mei lalu.

Ibunya yang juga kakitangan kerajaan, Nurul Insyirah Mohd Ishah berkata, sebelum kejadian, dia ada menegur anaknya berhubung penggunaan telefon pintar sebelum remaja itu merajuk dan keluar dari rumah.

Menurutnya, Nurin pernah keluar rumah selama beberapa hari sebelum ini dan pulang semula, namun kehilangan kali ini menimbulkan kebimbangan keluarga.

Dia yang juga ibu tunggal berkata, Nurin adalah anak tunggal dan dijaganya sejak berpisah dengan suami beberapa tahun lalu.

Katanya, laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada 11 Mei lalu dan berharap anaknya segera pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga.

“Saya berharap orang ramai yang mengetahui keberadaan Nurin segera menghubungi kami kerana dia masih di bawah umur dan memerlukan perhatian keluarga,” katanya ketika dihubungi media.

Menurut hebahan yang tular dalam media sosial, remaja itu mempunyai ciri-ciri berbadan gempal, berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berkulit sawo matang dan berambut panjang.

Difahamkan, kali terakhir Nurin dilihat memakai baju lengan panjang berwarna cerah serta seluar hitam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Nurin diminta menghubungi ibunya, Nurul di talian 017-240 8249 bagi membantu usaha mengesannya.

Keluarga mangsa turut memohon kerjasama orang ramai untuk menyebarkan maklumat kehilangan itu supaya remaja berkenaan dapat ditemukan dalam keadaan selamat.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img