Lepaking Six7 tampil wajah baharu, ‘port’ makan mesra keluarga dengan lebih 400 pilihan menu

MEDAN selera popular di Jalan Gombak, Lepaking Six7 tampil dengan imej lebih segar dan moden menerusi konsep santai mesra keluarga yang dijangka menjadi tarikan baharu pengunjung sekitar Lembah Klang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, model perniagaan berkenaan mampu membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan khususnya golongan muda dalam sektor makanan dan minuman (F&B).

Menurutnya, konsep diketengahkan Lepaking Six7 bukan sahaja menyediakan ruang kepada peniaga dan usahawan Bumiputera mengembangkan perniagaan, malah menjadi lokasi santai sesuai untuk seisi keluarga.

Datuk Armizan Mohd Ali.

“Saya melihat konsep perniagaan ini amat baik kerana bukan hanya memberikan ruang kepada ramai usahawan kita khususnya dalam bidang F&B, tetapi juga boleh menjadi satu tarikan kepada pelbagai lapisan masyarakat.

“Premis ini bukan hanya sesuai untuk golongan muda, malah menyediakan kemudahan kepada keluarga untuk datang bersama-sama menikmati suasana santai,” katanya selepas merasmikan pembukaan semula premis berkenaan, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Lepaking Six7, Ameerul Ikhwan Fozee berkata, penjenamaan semula dilakukan bagi memberi fokus kepada konsep ‘family dining’ dan pengalaman menjamu selera yang lebih santai.

Ameerul Ikhwan Fozee.

Menurutnya, jenama LepaKing yang sudah dikenali sejak 10 tahun lalu kini diberi nafas baharu sebagai Lepaking Six7 dengan penekanan terhadap suasana mesra keluarga.

“Kita menawarkan lebih 400 menu daripada gerai berbeza supaya setiap ahli keluarga boleh menikmati pilihan makanan masing-masing dalam satu lokasi.

“Kita juga menyediakan bilik permainan kanak-kanak supaya ibu bapa lebih selesa ketika menjamu selera,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini memberi tumpuan untuk memperkukuhkan operasi di Gombak sebelum merancang membuka cawangan baharu di lokasi lain pada masa depan.

Lepaking Six7 yang kembali beroperasi sejak 3 April lalu kini menawarkan lebih 400 pilihan menu merangkumi masakan Melayu, Thai, Cina, Barat dan Nusantara selain aneka kek serta pastri pada harga berpatutan.

Premis itu menghimpunkan kira-kira 20 operator makanan berpengalaman dengan konsep terbuka yang moden serta selesa untuk pengunjung.

Beroperasi dari jam 5 petang hingga 2 pagi bagi Isnin hingga Khamis, manakala pada hujung minggu premis itu dibuka sehingga jam 3 pagi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img