Tarik kerakyatan 7 pemain warisan, PM minta FAM bincang, bawa ke KDN

DATUK Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan desakan supaya kerakyatan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ditarik semula akan dibincangkan terlebih dahulu oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Perdana Menteri memberitahu, perkara itu tidak boleh diputuskan secara tergesa-gesa, sebaliknya perlu melalui proses dan saluran yang ditetapkan.

“Yang itu biar FAM bincang dulu, kemudian dikemuka kepada Menteri Dalam Negeri. Ikut proses biasa,” katanya ketika menjawab pertanyaan mengenai desakan sesetengah pihak berhubung status kerakyatan tujuh pemain warisan berkenaan.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di Sendayan, Seremban hari ini.

FAM sebelum ini menerima tamparan besar apabila tujuh pemain warisan baharu yang menyertai skuad Harimau Malaya pada 2025 digantung selama 12 bulan selepas didapati terbabit dalam isu pemalsuan dokumen.

Pada September 2025, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memutuskan terdapat unsur pengubahsuaian atau pemalsuan dokumen kelayakan.

Berikutan itu, FAM dikenakan denda sebanyak CHF350,000, manakala setiap pemain didenda CHF2,000 serta digantung selama 12 bulan.

FAM kemudian memfailkan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada Oktober 2025 bagi mencabar keputusan berkenaan.

Bagaimanapun, pada Mac tahun ini, CAS mengekalkan hukuman FIFA, meskipun memberikan sedikit kelonggaran apabila pemain masih dibenarkan menjalani latihan dan bersama kelab masing-masing, namun tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan rasmi sepanjang tempoh penggantungan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img