Rakyat, peniaga kecil akan terus dibantu hadapi detik sukar – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim bertekad Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh usaha membantu rakyat serta peniaga kecil bagi menghadapi keadaan semakin mencabar ketika ini.

Perdana Menteri memberitahu, setiap pandangan akan terus diberi perhatian demi memastikan pembangunan negara berjalan seiring kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

DATUK Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan penduduk ketika mengadakan lawatan ke Sendayan, Negeri Sembilan semalam. GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Mengakhiri program saya di Negeri Sembilan dengan singgah makan tengah hari di Restoran Ombong Salai di Sendayan, sambil mengambil kesempatan berbual santai bersama pelanggan dan peniaga.

“Ia terkait cabaran kos sara hidup, keadaan perniagaan serta isu semasa yang mereka hadapi di lapangan.

“Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh usaha membantu rakyat serta peniaga kecil dalam menghadapi keadaan semakin mencabar saat ini.

“Insya-Allah, setiap suara akan terus diberi perhatian demi memastikan pembangunan negara berjalan seiring kesejahteraan dan kebajikan rakyat terbanyak,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Perdana Menteri semalam mengadakan lawatan ke Sendayan, Negeri Sembilan sempena sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan selain turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Sri Sendayan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img