Imigresen tiada maklumat dakwaan Jho Low hadir mesyuarat sulit di Malaysia

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low, memasuki Malaysia bersama delegasi peringkat tinggi China hujung tahun lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, jabatan itu tidak menerima sebarang maklumat berkaitan dakwaan berkenaan.

“Setakat ini, Jabatan Imigresen tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu,” katanya, lapor NST.

Beliau diminta mengulas laporan Sarawak Report yang mendakwa mesyuarat sulit melibatkan Jho Low diadakan di Kuala Lumpur di bawah perlindungan delegasi China sebagai sebahagian rundingan berkaitan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini ketika diminta mengulas isu sama mengesahkan belum dapat mengesahkan dakwaan itu dan sedang menyiasat sama ada mesyuarat itu benar-benar berlaku.

Ditanya sama ada jabatan itu mempunyai rekod kemasukan Jho Low ke Malaysia, Zakaria bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Pada 13 Mei lalu, Mohd Khalid dilaporkan berkata, siasatan polis terhadap ahli perniagaan buruan itu masih diteruskan walaupun terdapat laporan bahawa beliau sudah memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini melaporkan bahawa Jho Low didakwa mendapatkan bantuan yang dikaitkan dengan Trump dalam usaha memperoleh pelepasan daripada tindakan undang-undang di AS.

Jho Low masih dikehendaki pihak berkuasa di beberapa negara berhubung dakwaan peranannya dalam skandal 1MDB.

Laporan WSJ memetik seorang pegawai White House sebagai berkata bahawa permintaan Jho Low ketika ini tidak berada dalam perhatian pihak berkenaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img