Lima letupan kecil gegar pusat peranginan akibat tumpahan bahan kimia

BUNYI beberapa letupan kecil yang disusuli kehadiran gas klorin mencetuskan panik di sebuah pusat peranginan di Alor Setar selepas berlaku tumpahan bahan kimia ketika kerja penyelenggaraan kolam renang, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, sebanyak lima letupan kecil dipercayai berlaku akibat tindak balas bahan kimia dengan air di dalam bilik pam resort berkenaan.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Tc. Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dikejarkan ke lokasi.

“Tumpahan bahan kimia berlaku ketika pekerja menjalankan kerja penyelenggaraan bahan kimia untuk kolam renang.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kehadiran gas klorin sebanyak tiga bahagian per sejuta (ppm), manakala bacaan gas lain seperti oksigen, karbon monoksida dan hidrogen sulfida berada pada paras normal,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati bahan kimia terbabit adalah 90 peratus trichloroisocyanuric dalam bentuk serbuk yang digunakan untuk pembersihan kolam air pancut.

Menurutnya, anggota HAZMAT kemudian mengesan lima letupan kecil dipercayai berlaku akibat tindak balas bahan kimia berkenaan dengan kuantiti air yang banyak selepas tumpahan berlaku.

“Dua anggota penyelam bahan kimia memakai pakaian perlindungan diri (PPE) Tahap A memasuki kawasan terbabit untuk membuat zon kawalan serta menjalankan proses nyahcemar.

“Bahan kimia itu turut dipindahkan ke bekas lebih selamat bagi mengelakkan sebarang risiko lain,” katanya.

Zulkhairani berkata, bacaan gas klorin kembali normal kepada sifar ppm selepas kerja pengawalan selesai dijalankan dan tiada mangsa cedera dalam kejadian itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img