PRN Johor: Senarai calon BN sudah di peringkat akhir – Ahmad Zahid

BARISAN Nasional (BN) kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung 11 Julai depan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengumuman senarai calon bertanding hanya akan dibuat seminggu sebelum hari penamaan calon.

“Nanti kita akan umumkan. Senarai sudah di peringkat yang sangat terakhir sekarang ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Zikir di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, Bandar Dato Onn di Johor Bahru hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi BN Negeri Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ditanya mengenai peratusan calon muka baharu dan lama, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, semuanya hanya akan diumumkan selepas senarai calon itu sudah dimuktamadkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin mengumumkan tarikh bagi penamaan calon PRN Johor adalah pada 27 Jun ini, manakala Hari Pengundian Awal pada 7 Julai dan 11 Julai pula ditetapkan hari mengundi.

Semalam, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan calon pertama gabungan itu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern dipilih untuk mempertahankan kerusi berkenaan pada PRN Johor akan datang.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img