Empat pendaki wanita sesat di Bukit Tunggul selamat dibawa turun

EMPAT wanita yang dilaporkan tersesat ketika mendaki di Bukit Tunggul di Dengkil, ditemukan selamat dan berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba dan penyelamat hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.13 pagi memaklumkan kumpulan pendaki terbabit tersesat ketika melakukan pendakian.

AHMAD Mukhlis Mukhtar

“Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan selepas pihak bomba dapat menghubungi mangsa yang berusia antara 25 hingga 40 tahun.

“Kesemua empat pendaki wanita itu dikesan oleh anggota bomba dan penyelamat sebelum diiring keluar ke kawasan selamat. Mereka juga tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Ahmad Mukhlis berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil tiba di lokasi pada jam 10.50 pagi dan terus memulakan usaha mengesan pendaki terbabit.

Operasi yang membabitkan enam anggota Bomba diketuai Komander Operasi, Muhamad Sakirin Selamat itu selesai pada jam 11.30 pagi.

Beliau berkata, kesemua mangsa diperiksa di lokasi kejadian dan tidak memerlukan rawatan perubatan lanjut.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img