PM zahir ucapan takziah pemergian Umer Chapra, kehilangan besar dunia kesarjanaan, keilmuan Islam

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ekonomi Islam terkemuka dunia, Profesor Dr Muhammad Umer Chapra yang disifatkan sebagai antara individu terbaik dalam dunia kesarjanaan dan keilmuan Islam.

Menurut Perdana Menteri, pemergian Allahyarham menandai berakhirnya satu hayat yang diabadikan sepenuhnya kepada perjuangan menegak keadilan, memperkasakan pemikiran dan mengangkat martabat insan dengan ilmu sebagai wahana.

“Ketika ekonomi sering dipisahkan daripada pertimbangan akhlak dan kemanusiaan, Almarhum tampil sebagai tokoh yang mengingatkan kita bahawa kemakmuran tanpa keadilan pada akhirnya tidak lebih daripada sekadar fatamorgana, indah pada pandangan, namun kontang makna dan kesejahteraan yang sebenar,” kata beliau dalam hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Perdana Menteri berkata, melalui tulisan dan pemikirannya, Allahyarham berjaya menghidupkan kembali tradisi intelektual Islam yang menautkan kemajuan dengan insan, serta pertumbuhan dengan tanggungjawab kepada masyarakat.

Anwar berkata, legasi tokoh itu akan kekal menjadi obor yang menerangi ikhtiar umat dalam membangunkan sistem ekonomi yang lebih adil, manusiawi dan bermaruah.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, seorang sahabat dan sarjana yang mencerahkan,” kata Anwar.

Umer Chapra yang dikenali sebagai antara tokoh utama dalam bidang ekonomi Islam moden dan telah banyak membina sistem perbankan Arab Saudi, serta menyumbang kepada pembangunan institusi kewangan pada peringkat global, dilaporkan meninggal dunia pada usia 93 tahun.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img