Khaled ucap ‘selamat mahu jaya’ pada bekas pemimpin UMNO sertai Pas

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan selamat berjaya kepada beberapa bekas pemimpin dan pemuda parti itu yang mengumumkan menyertai PAS malam tadi.

Antara mereka ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim dan Mohamed Khaled menyifatkan ia sebagai usaha bekas pemimpin UMNO itu mencari ‘tempat berteduh’ baharu dalam arena politik.

Menurut beliau, Mohd Zaid yang juga bekas Timbalan Pengerusi UMNO Kelantan sudah lama meninggalkan UMNO dan penyertaannya ke dalam Pas bukan sesuatu yang mengejutkan.

“Zaid (Ibrahim) dah keluar (UMNO) lama. Jadi dia mencari-cari tempat teduh. Good luck (selamat maju jaya),” katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja ke Rejimen Ke-4 Artileri Diraja Kem Segamat, di Segamat hari ini.

Malam tadi, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan kemasukan 14 tokoh berkenaan pada Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Seremban.

Selain Mohd Zaid, antara nama yang mencuri perhatian ialah bekas Exco Negeri Sembilan dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Abdul Malek serta bekas Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.

Turut menyertai Pas ialah bekas Exco Perak dan bekas Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Othman, bekas Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakup, bekas Pengerusi Kelab UMNO Manchester, Dr Md Nizam Baharom serta Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Omar.

Selain itu, Pas turut menerima penyertaan bekas Pegawai Pendidikan dan Setiausaha UMNO Ketereh, Datuk Ahmad Tarmizi Musa; bekas Exco Pemuda UMNO, Mostafa Shah, Datuk Muqorrobin Mokhtaruddin yang pernah memegang jawatan dalam Pemuda UMNO dan Bersatu serta beberapa tokoh lain daripada pelbagai latar belakang profesional.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img