Malaysia cuba bawa keluar aktivis flotilla melalui Turkiye  – Anwar

MALAYSIA  sedang berusaha  mambawa keluar semua aktivis negara yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) keluar menerusi Turkiye, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya,   usaha itu dijangka mengambil masa satu dua atau hari ini melalui jasa baik Presiden Turkiye Recep Tayyib Erdogan.

Menurut Anwar, beliau sudah menyampaikan permintaan itu dan dipersetujui Erdogan.

“Saya sudah minta jasa baik Erdogan untuk bawa (aktivis Malaysia keluar) ke mana-mana sempadan (dengan Israel) dan bawa ke Istanbul, dari Istanbul kita bawa pulang,” katanya kepada wartawan selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Anwar menjelaskan, semua aktivis Malaysia itu dijangka keluar menerusi satu pesawat dari Israel, bersama-sama aktivis Turkiye yang turut ditahan semalam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img