Dua pekerja Propel maut kenderaan dirempuh lori ayam

DUA pekerja penyelenggaraan lebuh raya maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di Kilometer 49.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Kulai awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 2 pagi.

KEADAAN lori muatan ayam yang terlibat kemalangan dengan lori penyelenggaraan Propel dan sebuah lori tangki di Kilometer 49.3, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Kulai awal pagi ini. Pemandu dan kelindan lori Propel maut di lokasi. GAMBAR: IPD Kulai

Menurut beliau, kemalangan membabitkan lori muatan ayam dipandu lelaki tempatan berusia 31 tahun, lori syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) dipandu lelaki tempatan berusia 43 tahun dan kelindan lelaki warga Bangladesh berusia 56 tahun serta sebuah lori tangki.

Katanya, pekerja Propel sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di kiri lebuh raya sebelum sebuah lori muatan ayam dari arah belakang gagal dikawal dan merempuh bahagian belakang sebelah kanan lori Propel terbabit.

“Akibat kemalangan itu, pemandu dan kelindan lori Propel cedera parah di kepala dan disahkan maut di lokasi.

“Pemandu dan kelindan lori muatan ayam cedera dirawat di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di Kulai manakala pemandu lori tangki tidak cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seng Lee berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Inspektor Ahmad Aafuan Abnu Naim di talian 017-757 3507 bagi membantu siasatan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img