Bengkel tayar terbakar di Shah Alam, lebih 40 kenderaan musnah

SEBUAH bengkel tayar di Seksyen 24 Shah Alam terbakar malam tadi mengakibatkan lebih 40 kenderaan termasuk motosikal musnah.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar,  seorang lelaki tempatan yang juga pekerja bengkel berusia 30-an cedera ringan.

Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.31 malam sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta BBP Bukit Jelutong ke lokasi kejadian.

“Premis berkenaan terbakar 90 peratus menyebabkan 37 kereta serta tujuh motosikal musnah,” katanya.

Beliau berkata, tiada mangsa dalam bangunan ketika kebakaran dan hanya seorang pekerja bengkel melecur di tangan kerana ingin mengalihkan kenderaan.

“Kebakaran dikawal pada jam 12.26 tengah malam dan operasi tamat pada jam 2.31 pagi tadi,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img