Inspektor polis maut dalam kemalangan 2 motosikal

SEORANG pegawai polis maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 287.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Ipoh, hari ini.

Inspektor Muhamad Helmi Hakim Muhamad Raus, 30, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kemalangan sekitar jam 10 pagi itu membabitkan motosikal jenis Honda CBR350RS ditunggang mangsa dan Honda Waze ditunggang remaja lelaki berusia 16 tahun.

“Kejadian itu menyebabkan motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata penunggang Honda Wave itu pula hanya mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini untuk bedah siasat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img