Lelaki lebur RM287,000 terjerat pelaburan saham palsu

HARAPAN seorang lelaki untuk meraih keuntungan lumayan melalui pelaburan saham bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kerugian RM287,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa berusia 55 tahun itu tertarik dengan satu iklan pelaburan saham dikenali sebagai UOBS yang dilihat menerusi aplikasi Facebook sejak Mac lalu.

Menurutnya, mangsa kemudian menghubungi suspek sebelum diyakinkan bahawa pelaburan berkenaan mampu memberikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

“Mangsa yang percaya dengan tawaran itu mula membuat pembayaran secara berperingkat dari April hingga Mei 2026.

“Sepanjang tempoh itu, mangsa melakukan 11 transaksi pembayaran ke enam akaun bank berbeza yang diberikan suspek membabitkan jumlah keseluruhan RM287,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selepas semua pembayaran dibuat, mangsa gagal menghubungi suspek dan tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan.

Menyedari dirinya ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan secara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai tawaran pelaburan yang diiklankan di media sosial dan membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa berkaitan sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img