Wanita ditemukan maut terjatuh dari jambatan 

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang dipercayai terjatuh dari jambatan di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Dungun berakhir apabila mayat mangsa ditemukan terapung kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Nik Ab Halim Nik Mat berkata, mayat Nor Haslini Din, 47, yang dilaporkan mengalami masalah mental ditemukan pada jam 10.30 pagi.

Menurutnya, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terapung sebelum tersangkut pada ranting pokok.

“Mangsa dilaporkan terjatuh dari jambatan setinggi kira-kira 45 meter pada jam 10.30 pagi semalam.

“Pasukan penyelamat yang menyambung operasi pencarian pagi ini akhirnya menemui mayat mangsa kira-kira 200 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh,” katanya.

Beliau berkata, operasi SAR membabitkan 38 anggota daripada pelbagai agensi termasuk penduduk kampung.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, bapa mangsa, Din Zakaria, 77, berkata, dia bersyukur mayat anak bongsunya berjaya ditemukan selepas hampir sehari operasi dijalankan.

Menurutnya, dia amat sedih kerana tidak mampu menyelamatkan anaknya yang terjatuh dari jambatan yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka.

“Saya bergegas apabila nampak anak terjatuh dari jambatan itu. Dia terkapai-kapai ketika dihanyutkan arus deras.

“Saya terus menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan kejadian dan meminta bantuan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img