Keakraban Sultan Ibrahim, Raja Hamad pencetus penganjuran Formula 1 Bahrain di Malaysia

KEMBALINYA perlumbaan Formula 1 (F1) ke Malaysia merupakan hasil kejayaan diplomasi Diraja yang memperlihatkan hubungan erat serta kepercayaan antara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa.

Semenjak tahun 2017, Baginda dan Raja Hamad telah menjalin persahabatan peribadi yang baik dan terus berkembang kepada pengukuhan hubungan diplomasi antara Bahrain dan Malaysia.

GAMBAR: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Ia turut dizahirkan menerusi Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Bahrain pada tahun 2025.

“Susulan cabaran terhadap kalendar perlumbaan F1 akibat konflik bersenjata di Asia Barat, penganjuran F1 Grand Prix Bahrain berdepan ketidaktentuan dan memerlukan penyelesaian segera bagi memastikan perlumbaan berprestij itu dapat diteruskan.

GAMBAR: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Dalam usaha mencari jalan penyelesaian, Raja Bahrain telah mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Perbincangan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra serta semangat persahabatan itu menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Bahrain, Formula 1 dan Federation Internationale de l’Automobile (FIA).

“Hasil persefahaman itu, persetujuan berjaya dicapai untuk menganjurkan Formula 1 Grand Prix Bahrain di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, sekali gus mengembalikan perlumbaan Formula 1 ke Malaysia selepas kali terakhir dianjurkan pada tahun 2017,” menurut kenyataan di laman sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pengumuman litar Sepang sebagai tuan rumah bagi F1 Grand Prix Bahrain itu diterima baik, terutama dalam kalangan peminat F1 di Malaysia dan negara serantau.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img