Lelaki dipenjara 21 tahun, 20 kali sebatan rogol, amang seksual anak kandung

MAHKAMAH Sesyen Sandakan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun dan 20 sebatan ke atas seorang bapa yang didakwa merogol anaknya di sebuah rumah di Batu 21, Sandakan pada awal Mac lalu.

Lelaki berusia 50 tahun itu yang berdepan dua pertuduhan dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Roslinda Razali.

Bagi pertuduhan pertama, Roslinda menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan 18 sebatan ke atas tertuduh kerana didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun mengikut tuduhan Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 3 pagi, 1 Mac lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 21, Sandakan, lapor Harian Metro.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan amang seksual fizikal terhadap anaknya itu di tempat dan masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan diperintahkan menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun dan lima sebatan.

Hakim memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap.

Roslinda turut menjatuhkan hukuman penjara satu tahun dan dua sebatan ke atas tertuduh mengikut Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 iaitu sebagai tambahan kepada hukuman yang boleh dikenakan.

Bagi hukuman itu, Roslinda memerintahkan ia dijalankan berasingan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian didakwa berlaku ketika remaja itu tidur di ruang tamu rumah dengan ibu mangsa cuba menghalang perbuatan suaminya itu, namun dipukul menyebabkan ibu mangsa berasa takut.

Mangsa membuat laporan keesokan harinya sebelum tertuduh ditangkap.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img