Haruan makan anak: Bapa didakwa lima pertuduhan rogol anak kandung 13 tahun

SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Setiu hari ini atas lima pertuduhan merogol anak perempuannya yang ketika itu baru berusia 13 tahun sejak tahun lalu sehingga April tahun ini.

Tertuduh yang berusia 52 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Setiu pada Januari, Mac dan April 2025, kira-kira 1.30 petang.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama pada awal Januari lalu, kira-kira 5 petang di lokasi yang sama ketika mangsa berusia 14 tahun.

Suspek didakwa pertuduhan kelima merogol mangsa pada 12 April lalu kira-kira jam 8.30 pagi di lokasi sama.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee dan Nur Atifah Manaf mengendalikan pendakwaan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan syarat tambahan iaitu tidak menggangu mangsa dan saksi pendakwaan, melaporkan diri di balai polis terdekat sehingga kes selesai dan tidak boleh tinggal bersama anak iaitu mangsa.

Sebutan semula kes dan serahan dokumen ditetapkan 26 Ogos depan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img