Wanita warga emas maut nahas tiga kenderaan di Padang Menora

SEORANG wanita maut selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Menora, Tasek Gelugor pagi ini.

Mangsa, Zuraini Jaafar, 60, yang memandu Perodua Kancil terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Axia dipandu lelaki warga emas berusia 69 tahun serta Proton Saga dipandu wanita berusia 51 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.26 pagi.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan tiga mangsa yang dua daripada mereka telah tersepit di bahagian tempat pemandu, manakala seorang lagi terselamat.

“Anggota kemudian menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

“Kedua-dua mangsa tersepit berjaya dibawa keluar namun salah seorangnya iaitu pemandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) bagi proses bedah siasat.

“Operasi ditamatkan jam 10.19 pagi,” katanya.

Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka yang dikongsikan di media sosial, Perodua Kancil dipandu mangsa sedang bergerak lurus sebelum bertembung dengan Perodua Axia yang datang dari arah bertentangan.

Pertembungan itu menyebabkan bahagian hadapan Perodua Kancil remuk teruk hingga mangsa tersepit.

Ketika kejadian, keadaan jalan dilaporkan licin berikutan hujan sejak awal pagi.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img