`Saya lepaskan dia dengan niat baik’ – Beego ceraikan Linda Hashim dengan talak tiga

MAHKAMAH Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini mengesahkan pasangan selebriti, Beego dan Linda Hashim bercerai talak tiga.

Lafaz cerai Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, dibuat di hadapan Hakim Syarie Mohammed Radzi Sadiman.

Beego berkata, dia melepaskan Linda atas kehendak bekas isterinya pada prosiding pengesahan lafaz taklik.

“Hari ini sebenarnya adalah keputusan lafaz taklik yang dibawa oleh Linda dari majlis JKP (Jawatankuasa Pendamai) ke mahkamah selepas lebih setahun berlalu tapi kes lafaz taklik itu tak sabit, Alhamdulillah.

“Tapi untuk penuhi kehendak Linda, dan sebagai seorang lelaki ‘gentleman’, saya lepaskan dia dengan niat yang baik,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah itu hari ini, lapor Harian Metro.

Pada prosiding berkenaan, Beego diwakili peguam syarie Muhamad Akmal Amzan, manakala Linda pula diwakili peguam syarie Nurul Fadzilah Kamaluddin.

Sementara Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, pula mengucapkan rasa syukur kerana perjuangannya sejak lebih setahun lalu akhirnya berjaya diselesaikan.

“Alhamdulillah… hari ini Allah mudahkan segala urusan saya. Keputusan hari ini memang sangat memuaskan hati dan Alhamdulillah selesai.

“Selepas ini, insya-Allah saya akan buat tuntutan untuk pihak anak pulalah. Buat hak hadanah dan nafkah anak-anak. Apa pun saya rasa terharu sebab pihak defendan (Beego) ‘gentle‘ melafazkan (cerai).

“Segala perjuangan saya selama setahun lebih macam dihargai, saya rasa lebih tenang dan bersyukur. Allah dengar doa kita semua kan. Ramai sangat yang mendoakan saya, yang DM, yang jumpa saya,” katanya.

Katanya, dia berterima kasih kepada mereka yang mendoakannya selama ini agar segala urusan berjalan dengan lancar.

Terdahulu, Linda memfailkan perceraian terhadap Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari 2025 atas alasan sudah tiada persefahaman.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 12, Anggun Cassandra, 11, dan Indah Camelia, 7.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img