Pensyarah UiTM Pahang lemas ketika mandi kolam

Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di Chukai, semalam.

Allahyarham Nurhazwani Abd Halim, 34, yang merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh  ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya, kira-kira jam 5.30 petang sebelum kejadian dimaklumkan orang awam kepada polis, kira-kira jam 7.10 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja’afar, ketika mengesahkan kejadian itu, berkata arwah bersama ahli keluarga mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 4 petang semalam.

“Dia bersama suami dikatakan mandi di kolam hotel kira-kira jam 4.30 petang. Selepas hampir sejam kemudian, dia tiba-tiba disedari lemas oleh suaminya,” katanya lapor Berita Harian

Wan Muhamad berkata, Nurhazwani disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum jenazah dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said dan ADUN Kijal, Datuk Razali Idris turut hadir menziarahi keluarga mangsa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img