PGA rampas kayu hutan tak bercukai, lima jentera lebih RM2.32 juta

PASUKAN Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis kayu hutan disyaki tidak bercukai serta jentera dianggarkan bernilai lebih RM2.32 juta di sebuah kilang kayu di Sungai Embak, Kuala Krai, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata rampasan dilakukan oleh anggota Risik Batalion 8 PGA pada 3 petang selepas mengesan seorang lelaki sedang mengendali jentera berat yang membawa muatan kayu di dalam kilang berkenaan.

“Susulan itu, pihak kami telah merampas 16,440 batang kayu siap pelbagai saiz dan spesies bernilai RM164,400 serta 462 batang kayu bulat pelbagai saiz dan spesies bernilai RM46,200.

“Rampasan juga membabitkan lima jentera termasuk sebuah kenderaan bernilai RM2.02 juta, 45 mata gergaji bernilai RM90,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata lima lelaki termasuk pemilik kilang berusia 31 hingga 62 tahun juga ditahan dan diserahkan kepada Pihak Jabatan Perhutanan Jajahan Machang untuk disiasat di bawah Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).

“Bekalan kayu yang siap diproses dipercayai diedarkan kepada beberapa kilang pemprosesan palet kayu di sekitar Kelantan sebagai bahan mentah untuk penghasilan palet dan produk berasaskan kayu.

“Pengedaran tersebut dipercayai dibuat secara berperingkat mengikut permintaan pelanggan bagi tujuan pemasaran dan pembekalan kepada pasaran tempatan serta sektor perindustrian,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img