Tiga anggota polis maut selepas galah besi terkena kabel elektrik

TIGA anggota polis maut selepas terkena renjatan elektrik apabila galah besi yang digunakan untuk mengait buah kelapa terkena kabel elektrik utama di luar Balai Polis Weston, Kampung Weston, Beaufort, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.50 petang ketika ketiga-tiga anggota terbabit sedang mengait buah kelapa menggunakan galah besi sepanjang kira-kira lapan meter.

Menurutnya, selepas selesai mengait buah kelapa, mereka cuba mengalihkan dan menurunkan galah besi berkenaan sebelum salah seorang daripada mereka hilang keseimbangan.

“Akibatnya, galah itu terjatuh ke arah bertentangan pokok kelapa lalu terkena kabel elektrik utama.

“Arus elektrik kemudian mengalir ke galah besi dan merenjatkan ketiga-tiga mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, kejadian berlaku di luar Balai Polis Weston yang terletak berhampiran sebuah sekolah.

Katanya, permukaan kawasan berkenaan merupakan tanah gambut dan terdapat air bertakung ketika kejadian.

Mangsa dikenal pasti sebagai Koperal Chiu Teck Siong, 40, dari Sarawak, Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, dari Kelantan dan Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, 26, dari Terengganu yang masing-masing bertugas di Balai Polis Weston.

Champin berkata, jenazah ketiga-tiga anggota dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat sebelum dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing dengan diiringi pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

Beliau berkata, jenazah mereka akan dikebumikan di negeri asal masing-masing iaitu Sarawak, Kelantan dan Terengganu, namun lokasi pengebumian masih belum dimuktamadkan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img