Pemandu lori simen tersepit selepas rempuh pacuan empat roda di PLUS

SEORANG lelaki tersepit di tempat duduk pemandu selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori simen di Kilometer 397.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang lagi mangsa lelaki tercampak keluar dari kenderaan dan mengalami kecederaan di bahagian kepala serta patah tangan kanan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.04 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa bergegas ke lokasi.

Menurutnya, jentera bomba tiba di lokasi pada jam 10.50 pagi selepas menempuh perjalanan sejauh 42 kilometer.

“Hasil pemeriksaan mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori simen dan sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max.

“Terdapat seorang mangsa lelaki Melayu berusia lingkungan 30-an masih tersepit di dalam kenderaan, manakala seorang lagi mangsa lelaki India berusia lingkungan 30-an tercampak keluar dan mengalami kecederaan di kepala serta patah tangan kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit sedang dijalankan menggunakan peralatan khas menyelamat.

Operasi dikawal pada jam 10.58 pagi membabitkan lima anggota bersama sebuah jentera LFRT dari BBP Bukit Sentosa.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img