‘’Berniaga apa macam ini? – PM minta Felda kemuka laporan cadangan jual hotel

PERDANA  Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyediakan laporan lengkap berhubung cadangan penjualan sebuah hotel milik agensi itu yang didakwa pada nilai jauh lebih rendah berbanding harga pembelian asal.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mendedahkan beliau enggan menandatangani dokumen kelulusan jualan tersebut selepas mendapati hotel berkenaan mahu dijual pada harga 100 juta pound Britain, sedangkan ia dibeli oleh pengurusan terdahulu pada harga 160 juta pound Britain.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan cadangan penjualan yang merugikan itu memandangkan warga peneroka Felda masih berdepan pelbagai kesukaran hidup dan memerlukan bantuan kerajaan untuk menambah baik kemudahan asas.

“Felda ini di bawah jagaan saya. Dua bulan lepas, pengurusan Felda datang minta saya tandatangan untuk penjualan hotel ini. Saya kata, nanti sekejap, ini berniaga apa macam ini? Jual harga rendah daripada sewaktu beli. Jadi saya tidak tandatangan. Saya kata, cari balik siapa yang buat kerja itu, buat laporan.

“Orang Felda, peneroka susah. Saya pergi kunjungan, dia (peneroka) kata hendak pendingin hawa, sekolah mahu baiki, pendapatan tak cukup. Tapi ini Felda pula (penjualan merugikan) senang-senang sahaja hilang,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan bersama ATM di Kem Terendak hari ini.

Perdana Menteri berkata, langkah meminta pihak Felda mengemukakan laporan lengkap itu adalah bagi mempertahankan Felda sebagai sebuah institusi penting di Malaysia.

“Kalau tidak (biarkan sahaja) sampai bila pun kita ini, agensi-agensi termasuk agensi Melayu yang kita banggakan, kita nak pertahankan, ini akan jadi apa. Jadi kita harus betulkan itu,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img