Kes mayat dililit jaring: Reman lima suspek disambung seminggu

TEMPOH reman lima suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang ahli perniagaan, yang mayatnya ditemukan terapung dalam keadaan dililit jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja, Batu Pahat, minggu lalu, disambung seminggu bermula esok.

Perintah sambung reman terhadap kelima-lima suspek berusia antara 26 hingga 40 tahun itu dibenarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman hari ini dan berakhir Isnin depan.

Sambungan reman itu bagi membolehkan polis meneruskan siasatan serta melengkapkan keterangan daripada semua suspek yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai membunuh mangsa dengan menjerut lehernya menggunakan tali.

Mangsa kemudian dipercayai dibawa ke lokasi sebelum kedua-dua tangannya diikat menggunakan pita pelekat dan jasadnya dibalut dengan jaring.

Siasatan turut menemukan lima ketul batu pada jasad mangsa yang dipercayai digunakan bagi menenggelamkannya selepas mangsa dibunuh.

Dalam perkembangan sama, semakan rekod jenayah lampau mendapati dua daripada lima suspek mempunyai rekod berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.

Polis turut merampas lima telefon bimbit milik kesemua suspek bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here