Tiga lelaki ditahan cuba seludup 32 warga Indonesia di Teluk Senangin

POLIS menumpaskan sindiket menyeludup masuk 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dalam operasi bersepadu yang dijalankan di persisiran pantai Teluk Senangin, Segari di Manjung semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, dalam serbuan kira-kira jam 9.30 pagi itu, sebanyak 35 individu ditahan terdiri daripada 20 lelaki dan 12 wanita warga Indonesia serta tiga lelaki warga tempatan.

Beliau berkata, operasi bersepadu itu dijalankan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah dan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dengan bantuan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hasbullah, kesemua tangkapan dibawa ke IPD Manjung untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Beliau turut meminta orang awam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan PATI kepada pihak polis bagi membantu tindakan penguatkuasaan.

“Orang awam boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 atau talian hotline WhatsApp 017-682 8005 bagi menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan berkenaan,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here