Pekerja kedai penjagaan kesihatan didakwa rogol remaja 14 tahun

SEORANG pekerja kedai penjagaan kesihatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah hotel, minggu lalu.

Tertuduh, Aliff Syazwan Azahari, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar, lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah hotel di daerah ini antara jam 2.56 pagi hingga 9.17 pagi pada 6 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) kanun sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hanif Hassan.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 September ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh turut dibenarkan diikat jamin RM6,000 dengan syarat perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran kediamannya, tidak mengganggu mangsa dan saksi serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here