Pelajar perempuan didakwa tusuk rakan sekelas guna kerambit

SEORANG pelajar Tingkatan Dua lelaki cedera selepas dipercayai ditusuk menggunakan senjata kerambit berukuran 10 sentimeter oleh rakan sekelasnya dalam kejadian di sebuah sekolah di Shah Alam, 5 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, kejadian itu membabitkan seorang pelajar perempuan sebagai suspek dan mangsa lelaki, yang kedua-duanya merupakan rakan sekelas.

Menurutnya, suspek turut mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan dalam kejadian berkenaan.

“Tangkapan juga dilakukan terhadap suspek dan diberi jaminan polis. Dalam kes ini tiada tujuan dan motif, dipercayai suspek kurang sihat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here