Sindiket Import ayam sejuk beku : SPRM reman tujuh individu termasuk 4 penjawat awam

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman tujuh individu termasuk empat penjawat awam kerana disyaki merasuah pegawai pihak berkuasa di sebuah pelabuhan di Sabah sebagai balasan melepaskan pemeriksaan ayam sejuk beku yang diimport secara tidak sah.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 15 Ogos 2026 terhadap kesemua suspek telah dikeluarkan Majistret Marilyn Kelvin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi tadi.

Dalam operasi yang dijalankan menerusi ‘Op Chick’ oleh Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sabah semalam. telah menyita 10 kontena ayam sejuk beku yang diimport dari China dan Poland secara tidak sah.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here