PM dijangka menghadap Sultan Brunei minggu depan

DATUK  Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, minggu depan di Bandar Seri Begawan sempena Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) Ke-27 antara Malaysia dan Brunei.

Perdana Menteri berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Sultan Brunei yang bertanyakan mengenai keadaan kesihatannya serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.

“Baginda dengan penuh keprihatinan bertanya khabar serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya.

“Menjunjung kasih atas doa dan keprihatinan Kebawah Duli Tuanku. Saya turut mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

“Insya-Allah, saya akan menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia minggu depan di Bandar Seri Begawan bersempena Rundingan Tahunan Pemimpin Ke-27 antara Malaysia dan Brunei Darussalam.”

ALC adalah mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei, yang menyediakan platform kepada kedua-dua pemimpin untuk menilai semula kerjasama sedia ada, membincangkan isu baharu serta bertukar pandangan mengenai perkara serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here