Farzanah Nabila hilang sejak Khamis ditemukan selamat

SEORANG remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Jasmin di Kajang sejak Khamis lalu, ditemukan dalam keadaan selamat hari ini.

Farzanah Nabila Abdullah ditemukan oleh anggota polis di Jade Hills, Kajang sebelum dimaklumkan kepada ibunya, Rabiatul Adawiyah Rosli, 34.

Rabiatul Adawiyah berkata, dia dihubungi polis yang memaklumkan penemuan anak sulungnya itu pada jam 8 pagi tadi.

“Alhamdulillah, saya terima panggilan daripada polis memaklumkan anak saya, Farzanah Nabila sudah ditemui dalam keadaan selamat.

“Saya sudah jumpa anak kira-kira 11 pagi tadi. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung membantu termasuk mendoakan sehingga anak ditemui,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.

Media pada Jumaat lalu melaporkan, seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kediamannya di Taman Jasmin, Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.20 petang Khamis lalu.

Menurut Naazron, berdasarkan laporan, Farzanah Nabila dipercayai hilang pada jam 12.20 tengah malam, 13 Ogos lalu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here