Polis sahkan mayat wanita dalam beg di Sungai Perak warga asing

MAYAT wanita yang ditemukan dalam beg pakaian di Sungai Perak berhampiran jeti Lembah Kuala Kangsar pada Jumaat lalu dipercayai warga asing.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya sudah menghantar cap jari untuk pengesahan identiti, namun belum memperoleh maklumat sebenar mangsa.

“Bukan warga tempatan, sebaliknya warga asing. Identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Pada Sabtu lalu, polis mengesahkan mayat yang ditemukan dalam beg pakaian di lokasi berkenaan adalah seorang wanita berusia lingkungan 30-an.

Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan pada jam 3.12 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat di sungai berkenaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here