Penjaga stor didakwa cabul, onani depan pekerja kedai serbaneka

SEORANG penjaga stor didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini, selepas melakukan perbuatan mencabul dan mengaibkan kehormatan seorang pekerja kedai serbaneka, bulan lalu.

Muhammad Haziq Danial Zulkifli, 23, didakwa atas dua pertuduhan masing-masing mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret S Punitha.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 19 tahun di sebuah kedai serbaneka di Panorama Lapangan Perdana, kira-kira jam 5.25 pagi, 24 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan niat mengaibkan kehormatan mangsa dengan melakukan perbuatan onani di hadapan wanita berkenaan bagi mengganggu kesantunannya pada waktu, tarikh dan lokasi sama.

Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Manakala, Seksyen 509 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh yang mempunyai seorang anak berusia tujuh tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zulqarnain Wan Asmira, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M Kathan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 dengan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan termasuk mangsa sehingga kes selesai dibicarakan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Oktober depan, lapor BH.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here