SPRM tahan empat individu, disyaki kemuka dokumen palsu RM1.8 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu termasuk seorang anggota dan pesara agensi penguat kuasa kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan pembekalan makanan haiwan bernilai kira-kira RM1.8 juta.

Turut ditahan ialah seorang pengarah dan pengurus pentadbiran sebuah syarikat swasta.

Perintah reman selama lima hari sehingga 19 September ini terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Aina Azahra Ariffin di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi tadi, selepas permohonan dibuat pihak SPRM.

Kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40 hingga 60-an itu ditahan kira-kira jam 9 malam semalam ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati keempat-empat suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan berkenaan antara 2021 hingga 2023.

Mereka dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu dalam tuntutan pembekalan makanan haiwan berjumlah kira-kira RM1.8 juta, sedangkan jumlah pembekalan sebenar adalah lebih rendah.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohammad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here