19 individu terperangkap kepala air di Lata Debu diselamatkan JBPM

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mengambil masa hampir empat jam untuk menyelamatkan 19 individu yang terperangkap akibat kejadian kepala air di Lata Debu, di Baling hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.11 petang.

Beliau yang mengetuai operasi itu bersama lapan anggota melakukan penyelamatan dan terpaksa mendaki sejauh dua kilometer untuk ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat 19 individu yang terdiri daripada sembilan wanita dan 10 lelaki berusia antara 20 hingga 25 tahun dipercayai terperangkap akibat kepala air.

“Mereka dipercayai dalam perjalanan turun, namun terperangkap selepas berlaku kepala air serta arus yang sangat deras, ” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Zulkhairi berkata, pihaknya terpaksa menggunakan kaedah ‘crossing river‘ menggunakan tali dilakukan untuk menyelamatkan mangsa seorang demi seorang.

Katanya, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan operasi mengambil mangsa hampir empat jam disebabkan cabaran yang perlu dilalui iaitu batu licin serta arus sungai yang laju.

“Hujan lebat hampir dua jam yang melanda daerah ini hari ini menyebabkan berlaku kepala air.

“Kesemua 19 individu terbabit mula mendaki di Lata Debu pada jam 8 pagi dan terperangkap kepala air ketika hendak turun, ” katanya.

Zulkhairi berkata, kesemua mereka disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kumpulan itu dipercayai pengunjung luar yang datang untuk mendaki di kawasan rekreasi itu.

Tambahnya, ini merupakan kes kedua operasi membabitkan kejadian di Lata Debu bulan ini di mana kejadian pertama berlaku pada Ahad minggu lalu yang membabitkan seorang pengsan dan dua lagi pendaki sesat.

“Kawasan Lata Debu ini mempunyai pemandangan yang cantik, jadi ramai yang berminat untuk datang ke sini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here