Wanita 38 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan

SEORANG wanita berusia 38 tahun meninggal dunia selepas dipercayai mengalami kecederaan parah akibat terjatuh dari sebuah bangunan di Penampang tengah hari tadi.

Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas jalan di bahagian belakang bangunan berkenaan kira-kira jam 12.36 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, pemeriksaan awal mendapati wanita itu dipercayai terjatuh dari bangunan sebelum mengalami kecederaan serius.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, kata beliau, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital pada jam 1.05 petang.

“Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sammy berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti keadaan sebenar yang membawa kepada kejadian tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat iaitu Ketua Polis Balai Penampang, Inspektor Ahmad Amir Fitri Ab Rahman di talian 016-449 2215.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here