Penganggur didakwa songlap wang pelanggan RM2,783

SEORANG penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan wang lebih RM2,000 milik seorang pelanggan syarikat pengurup wang pada Mac lalu.

C Narendran, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret A Shaarmini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan wang berjumlah RM2,783.90 milik seorang pelanggan wanita berusia 32 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis pengurup wang di Jalan Dedap 13, Taman Johor Jaya, kira-kira jam 1.17 tengah hari, 9 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Oktober depan untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Shafeeqah Mohd Sharifuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam, lapor Harian Metro.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here