Kerjasama politik: UMNO tidak boleh jadi sekadar pelengkap  kekuatan Pas – penganalisis

PENGANALISIS politik Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian percaya UMNO tidak mahu sampai menjadi jambatan untuk Pas ke Putrajaya yang akhirnya akan menyebabkan UMNO sendiri tidak mendapat tempat di situ.

Oleh itu kata beliau yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), kerjasama antara kedua-dua parti pastinya berasaskan perkongsian kuasa bukan pengorbanan kuasa.

‘UMNO juga perlu jelas tentang kedudukan dan peranannya. Barangkali ahlinya tidak mahu menjadi rakan untuk membolehkan pesaing ke Putrajaya sebagaimana yang berlaku kini kerana kekurangan kerusi,’’ katanya kepada utusanmelayuplus.

Dr.Sivamurugan berkata, ia bermakna UMNO tidak semestinya bersedia menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Pas kerana kerjasama politik perlu berasaskan kekuatan kerusi, rundingan dan perkongsian kuasa dan bukan menyerahkan jawatan lebih awal.

‘’UMNO tidak boleh sekadar menjadi pelengkap kepada kekuatan Pas. Jika UMNO mempunyai kerusi dan pengaruh yang mencukupi, Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu mempertahankan hak UMNO untuk mengetuai kerajaan, jawatan Perdana Menteri akhirnya bergantung pada jumlah kerusi dan kemampuan membentuk majoriti Parlimen,’’ katanya.

Dalam jangka pendek, beliau berkata,  kedua-duanya boleh mendapat manfaat.

‘’Dalam jangka panjang, Pas berpotensi memperoleh keuntungan politik yang lebih besar. UMNO mempunyai rangkaian akar umbi dan pengalaman pentadbiran manakala Pas mempunyai kekuatan dalam segmen pengundi Melayu tertentu,’’ katanya.

Beliau berkata, Pas boleh memanfaatkan kerjasama untuk memperluas pengaruh ke peringkat nasional tetapi UMNO juga berisiko kehilangan dominasi jika gagal mempertahankan kedudukan kepimpinannya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here