Isteri Nazir Hussin tidak ditahan SPRM, hadir bantu siasatan – Peguam

DATIN Seri Norhazelim Che Hussin, isteri kepada Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin tidak ditahan atau ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebaliknya hadir ke ibu pejabat agensi itu di Putrajaya semalam bagi membantu siasatan.

Peguamnya, Sabrina Sharin berkata, kehadiran anak guamnya itu tidak seharusnya disalahertikan sebagai suatu bentuk penahanan, susulan laporan media berhubung kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM mengenai pembebasan isteri dan pembantu Nazir pada jam 1.15 petang semalam.

SABRINA Sharin

Beliau berkata, penjelasan itu dibuat bagi memastikan fakta berhubung kehadiran Norhazelim di ibu pejabat SPRM tidak disalahertikan oleh pihak media mahupun orang ramai.

“Saya ingin menjelaskan bahawa Datin Seri Norhazelim tidak ditahan atau ditangkap oleh SPRM. Kehadiran beliau adalah bagi membantu siasatan dan status tersebut tidak seharusnya disalahertikan sebagai suatu bentuk penahanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Sabrina turut mengesahkan bahawa sepanjang Norhazelim berada di SPRM, berdasarkan pengetahuan dan pemerhatiannya selaku peguam yang mengiringi beliau, tiada sebarang perkara yang ditimbulkan berkaitan Yayasan Bank Rakyat.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kepentingan membezakan antara kehadiran seseorang bagi membantu siasatan dengan tindakan penahanan atau reman.

Menurutnya, penggunaan istilah dalam laporan media perlu mengambil kira konteks sebenar bagi mengelakkan persepsi tidak tepat terhadap individu yang terlibat.

Sabrina berharap penjelasan itu dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai kehadiran Norhazelim di ibu pejabat SPRM semalam selain mengelakkan spekulasi atau salah faham yang boleh menjejaskan reputasi anak guamnya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here