JAINJ tahan pasangan kekasih disyaki cuba lakukan persetubuhan dalam kereta

SEPASANG kekasih berusia 17 dan 21 tahun ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas dipercayai cuba melakukan persetubuhan dalam sebuah kereta di kawasan parkir di Sri Gading, Batu Pahat malam tadi.

JAINJ dalam kenyataan memaklumkan, pasangan itu diperiksa kira-kira jam 11.20 malam selepas anggota penguat kuasa mengesan sebuah kereta berada di kawasan parkir yang agak gelap dengan enjin masih hidup, tetapi lampunya tidak dipasang.

Menurutnya, ketika anggota mengetuk cermin kenderaan, kereta berkenaan cuba mengundur sebelum menyedari laluan belakangnya dihalang van operasi.

Pemeriksaan kemudian mendapati lelaki terbabit berada di tempat duduk penumpang hadapan tanpa berseluar, manakala seorang remaja perempuan ditemukan di tempat duduk belakang dalam keadaan tidak berpakaian lengkap.

“Kedua-duanya kemudian diminta berpakaian lengkap sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Hasil soal siasat mendapati lelaki berkenaan masih bujang dan bekerja di Batu Pahat, manakala remaja perempuan terbabit masih belajar. Kedua-duanya mengaku bukan pasangan suami isteri.

JAINJ turut memaklumkan lelaki itu dikatakan menjemput remaja perempuan berkenaan sebelum mereka meronda mencari lokasi sesuai untuk melakukan perbuatan terbabit.

Susulan itu, pasangan berkenaan ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 24 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 berkaitan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah, kata kenyataan itu.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here