SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki tempatan, Toh Lean Seng, 53, bagi membantu siasatan kes berkaitan pengubahan wang haram.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, individu berkenaan diperlukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Menurutnya, usaha menghubungi lelaki itu tidak berhasil meskipun pihaknya sudah melakukan pengesanan di alamat terakhirnya di 15-1 231, TR Service Apartment, 231 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan Toh diminta tampil membantu pihak berkuasa, kata kenyataan itu.
Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Mohd Shokray Yahaya menerusi talian 019-623 6680 atau e-mel mohdshokray@sprm.gov.my.





