Kanak-kanak autisme enam tahun ditemukan lemas di Labuan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari jambatan berhampiran rumahnya di perkampungan air Kampung Patau-Patau Dua di Labuan malam tadi.

Mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) awal pagi tadi selepas operasi dijalankan susulan kejadian itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abd Rahman Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.30 malam tadi.

Menurutnya, sepasukan anggota bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) tiba di lokasi tiga minit kemudian sebelum operasi mencari dan menyelamat dimulakan.

“Mangsa ditemukan pada jam 12.57 tengah malam, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi.

“Mayat dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here