Lelaki hilang 2 hari selepas terjatuh dari kapal ditemukan lemas

LELAKI yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari kapal ketika melakukan kerja membaik pulih bot tunda di kawasan limbungan di Tanjung Manis, Kuching, Khamis lalu, ditemukan lemas hari ini.

Mayat Mohd Yusuf Lingir Abdullah, 51, ditemukan pada jam 3.20 petang oleh orang awam bersama pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Sungai Rajang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Koran Empaneg, Serian, sedang melakukan kerja membaik pulih bot tunda di kawasan berkenaan.

Menurutnya, keadaan air sungai ketika mangsa dipercayai terjatuh dilaporkan sedang surut dengan aliran agak deras.

“Operasi mencari dan menyelamat diaktifkan selepas laporan kehilangan mangsa diterima pada jam 2.20 petang, Khamis lalu,” katanya.

Beliau berkata, operasi SAR membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis dengan bantuan beberapa agensi lain termasuk polis, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here