Ali XPDC kena serangan jantung, dirawat di hospital

PENYANYI kumpulan rock XPDC, Mohd Ali Ismail atau dikenali sebagai Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang selepas dilaporkan mengalami serangan jantung dan masalah paru-paru berair hari ini.

Berita mengenai keadaan kesihatannya itu disahkan rakan baiknya, Fuad Syahrin kepada Harian Metro.

Menurut Fuad, beliau menerima kiriman gambar yang menunjukkan Ali sedang menggunakan alat bantuan pernafasan sebelum segera menghubungi anak penyanyi berkenaan, Wan Aliuddin Aqiel atau Aqiel, bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Katanya, Aqiel memaklumkan bahawa dia sendiri membawa bapanya ke hospital berkenaan tengah hari tadi.

“Aqiel maklumkan kepada saya bahawa dia yang bawa bapanya ke hospital Serdang tengah hari tadi. Doktor beritahu bapanya kena serangan jantung dan paru-paru berair.

“Bapanya kini ditempatkan di wad kecemasan dan mendapat pemantauan rapi doktor,” kata Fuad.

Ini bukan kali pertama Ali mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. Sebelum ini, penyanyi berusia 58 tahun itu pernah dimasukkan ke hospital sama selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada hujung Januari lalu.

Ketika itu, Ali dilaporkan mengalami jangkitan virus dan turut memerlukan alat bantuan pernafasan selepas masalah paru-paru berair kembali berlaku.

Ali berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah pada 12 Januari sebelum pulang ke tanah air pada 24 Januari lalu.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here